Monday, 25 April 2016

Teknologi Semburan Cat

Assalammualaikum...sekadar perkongsian ilmu ....

1) Proses Menopeng (Masking Process).
    Menopeng adalah proses menutup bahagian-bahagian kenderaan yang tidak disembur  cat. Ia
    bertujuan untuk mengelakkan semburan cat melekat pada bahagian yang tidak perlu dicat untuk         menghasilkan kerja yang bermutu tinggi.Terdapat belbagai peralatan dan bahan yang digunakan         dalam kerja-kerja topengan.Kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan dalam kerja-kerja tersebut       adalah seperti berikut.
Proses Menopeng

2) Proses Menggosok (Sanding Process).
   Adalah satu kaedah atau cara yang digunakan untuk menyamakan permukaan panel kenderaan yang telah       didempol disebabkan lekuk, kesan welding, calar yang dalam dan lain-lain kerosakan. Ianya digunakan           dalam kerja meratakan permukaan panel sebelum kerja mengecat.

3) Penggunaan Epoxy Primer.
    Epoxy Primer merupakan bahan untuk melindungi logam dari proses oxidasi dan bersifat tahan air.    Anda harus menggunakanya paling tidak sebanyak 1 atau 2 lapis saja.Bengkel cat menggunakan           jenis epoxy primer ini sebelum mereka menggunakan bahan lain untuk lapisan berikutnya.
     

           

4) Proses Bancuhan Putty ( Putty Proses).
    Sesebuah kenderaan yang mengalami pelbagai kerosakan pada permukaan catnya perlu                      dihilangkan menggunakan kaedah-kaedah tertentu.

                    

5) Proses Semburan Cat Asas (Primer Spraying Process).
    Primer atau dikenali sebagai undercoat adalah lapisan yang penting , untuk memberi kekuatan dan                   ketahanan bahagian lapisan bawah ,  sebelum disembur dengan cat penyudah .ianya akan menghasilkan         permukaan kemas ,sempurna dan tahan lama.
                

6) Bancuhan Cat (Solid Colour).
     Membancuh cat adalah salah satu proses yang perlu di lalui dan dititik beratkan agar kesilapan            selepas mengecat tidak berlaku.Beberapa proses membancuh perlu di lakukan bagi mendapatkan        hasil yang cantik dan berkualiti selepas kerja-kerja mengecat di lakukan.Bahan dan peralatan              mengecat mestilah digunakan dengan betul dengan mengambil kira nisbah sukatan yang betul            mengikut standardnya. Peralatan mestilah digunakan dengan betul bagi mengelakkan kerosakan          pada peralatan dan panel kenderaan.

7) Proses semburan solid colour.
    Bahan dan peralatan mengecat mestilah digunakan dengan betul dengan mengambil kira nisbah           sukatan yang betul mengikut standardnya. Peralatan mestilah digunakan dengan betul bagi                  mengelakkan kerosakan pada peralatan dan panel kenderaan.