Assalammualaikum...sekadar perkongsian ilmu ....
1) Proses Menopeng (Masking Process).
Menopeng adalah proses
menutup bahagian-bahagian kenderaan yang tidak disembur cat. Ia
bertujuan untuk mengelakkan semburan
cat melekat pada bahagian yang tidak perlu dicat untuk menghasilkan kerja yang
bermutu tinggi.Terdapat belbagai peralatan dan bahan yang digunakan dalam
kerja-kerja topengan.Kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan dalam kerja-kerja
tersebut adalah seperti berikut.
Proses Menopeng
2) Proses Menggosok (Sanding Process).
Adalah satu kaedah atau cara yang
digunakan untuk menyamakan permukaan panel kenderaan yang telah didempol disebabkan lekuk, kesan welding,
calar yang dalam dan lain-lain kerosakan. Ianya digunakan dalam kerja meratakan permukaan
panel sebelum kerja mengecat.
3) Penggunaan Epoxy Primer.
Epoxy Primer merupakan bahan
untuk melindungi logam dari proses oxidasi dan bersifat tahan air. Anda harus menggunakanya
paling tidak sebanyak 1 atau 2 lapis saja.Bengkel cat menggunakan jenis epoxy
primer ini sebelum mereka menggunakan bahan lain untuk lapisan berikutnya.
4) Proses Bancuhan Putty ( Putty Proses).
Sesebuah kenderaan
yang mengalami pelbagai kerosakan pada permukaan catnya perlu dihilangkan
menggunakan kaedah-kaedah tertentu.
5) Proses Semburan Cat Asas (Primer Spraying Process).
Primer atau dikenali
sebagai undercoat adalah lapisan yang penting , untuk memberi kekuatan dan ketahanan bahagian lapisan bawah ,
sebelum disembur dengan cat penyudah .ianya akan menghasilkan permukaan
kemas ,sempurna dan tahan lama.
6) Bancuhan Cat (Solid Colour).
Membancuh cat adalah salah
satu proses yang perlu di lalui dan dititik beratkan agar kesilapan selepas mengecat
tidak berlaku.Beberapa proses membancuh perlu di lakukan bagi mendapatkan hasil
yang cantik dan berkualiti selepas kerja-kerja mengecat di lakukan.Bahan dan peralatan mengecat mestilah digunakan dengan betul dengan
mengambil kira nisbah sukatan yang betul mengikut standardnya. Peralatan
mestilah digunakan dengan betul bagi mengelakkan kerosakan pada peralatan dan
panel kenderaan.
7) Proses semburan solid colour.
Bahan dan
peralatan mengecat mestilah digunakan dengan betul dengan mengambil kira nisbah sukatan yang betul mengikut standardnya. Peralatan mestilah digunakan dengan
betul bagi mengelakkan kerosakan pada peralatan dan panel kenderaan.